Jom belajar Linux

Cara Install dan Konfigurasi BadVPN (UDP SSH)

BadVPN ialah suatu aplikasi yang penting, untuk membolehkan protocol UDP semasa menggunakan SSH tunnel seperti HTTP Injector. Kenapa mahu guna protocol UDP? Untuk bermain game online, video call dan sebagainya.

Install BadVPN

apt-get install cmake -y 
apt-get install screen wget gcc build-essential g++ make -y 
wget https://github.com/ambrop72/badvpn/archive/1.999.130.zip
unzip 1.999.130.zip 
cd badvpn-1.999.130/ 
cmake ~/badvpn-1.999.130 -DBUILD_NOTHING_BY_DEFAULT=1 -DBUILD_UDPGW=1
make install

Kemudian kita pastikan BadVPN akan berjalan sewaktu startup

nano /etc/rc.local

Masukkan line berikut. Penting, pastikan letak di baris paling bawah;

sudo badvpn-udpgw --listen-addr 127.0.0.1:7300

Kemudian pastikan rc.local ialah executable;

chmod +x /etc/rc.local

Kemudian reboot server anda;

reboot

Selepas reboot, boleh pastikan BadVPN sedang berjalan di port 7300;

netstat -tlpn

Konfigurasi HTTP Injector

Buka HTTP Injector > Setting > UDP Forwarding. Pastikan jangan tick UDP Forwarding.

Pada bahagian UDPGW Port, jangan ubah. Biarkan 7300.

Kemudian start SSH seperti biasa. Kali ini, anda pasti dapat gaming / video call.

2,911 comments