Jom belajar Linux

DNS, DNS Over TLS, WARP Dan Privasi

DNS

Semua yang berada online adalah ditempatkan di suatu server / machine. Dan setiap machine ini memiliki ‘nama’ mereka sendiri. Nama ini ialah IPV4 address. Sebagai contoh, 123.09.23.41. Semua adalah angka. Manusia agak susah untuk mengingati alamat suatu server berdasarkan angka sahaja. Oleh itu datang lah DNS.

DNS ialah suatu server yang mencari apa IPV4 address untuk domain yang kita minta. Sebagai contoh anda taip google.com. DNS server akan mencari google.com memiliki alamat IPV4 apa kemudian menghantar anda ke sana. Ini dinamakan DNS query.

Setiap Internet Service Provider (ISP) dalam sesebuah negara akan memiliki DNS server sendiri. Dan melalui DNS server ini, ISP boleh menghalang pengguna internet di negara itu daripada mengakses laman web tertentu. Bagaimana? DNS server itu sudah ditetapkan untuk block domain yang tertentu.

Secara default, segala DNS query yang kita lakukan samada dari telefon mahupun PC dan sebagainya direkod oleh Internet Service Provider. Apa itu ISP? Syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet kepada anda. Contoh? Unifi, Maxis, Celcom, Digi, Webe dan sebagainya.

Pengguna internet yang mengetahui situasi ini biasanya menukar DNS mereka kepada DNS lain contohnya:

  • Google DNS (8.8.8.8, 8.8.4.4)
  • OpenDNS (208.67. 222.222, 208.67. 220.220)
  • Cloudflare DNS (1.1.1.1, 1.0.0.1)

Kenapa pengguna internet menukar DNS?

  • Privasi. Dapat mengelakkan carian mereka direkod oleh pihak tertentu.
  • Dapat mengakses laman web yang di block oleh ISP negara masing-masin.

DNS Over TLS

Sebenarnya, walaupun kita tukar DNS kita kepada DNS lain seperti Google DNS dan sebagainya, perhubungan antara peranti kita ke DNS server itu sebenarnya masih boleh di baca. Sehinggalah wujudnya DNS over TLS. Perhubungan antara kita kepada DNS server adalah encrypted dalam TLS. Sejak Android 9, dan seterusnya, jika anda ingin menukar DNS, anda perlu memasukkan seperti berikut untuk menggunakan DNS over TLS.

  • Google DNS (dns.google.)
  • Cloudflare DNS (one.one.one.one)

WARP

Datang pula WARP. WARP adalah suatu aplikasi yang dibangunkan oleh Cloudflare. Fungsi nya? Mengubah DNS anda dan menstabilkan internet anda. Berbanding DNS, DNS over TLS, WARP menggunakan protokol Wireguard. Secara mudahnya, WARP ini sebenarnya ialah suatu jenis VPN percuma, yang menggunakan protokol Wireguard, bertujuan untuk mengubah DNS anda, dan menstabilkan internet anda.

Tapi, kenapa WARP tidak dipanggil sahaja sebagai VPN? Ini kerana, VPN akan mengubah IP address anda ke IP address yang baru. Jika anda gunakan WARP, walaupun anda connected dengan server WARP, IP address anda akan keluar sebagai IP address anda yang asal. Contoh anda guna Celcom, jika anda semak IP address anda, paparan IP address anda tetap IP address Celcom, walaupun anda sudah menggunakan WARP.

Apa kelebihan WARP?

  1. Kelajuan. Tersangat laju. Sebab? Guna protokol Wireguard
  2. Kestabilan. Jika anda sebelum ini bermain game / video call, ada sangkut-sangkut, selepas menggunakan WARP, menjadi stabil.
  3. Percuma. Ya percuma. WARP ditawarkan sebagai servis percuma oleh Cloudflare. Ada pakej berbayar iaitu WARP+. Admin dah cuba, berbaloi. Beza WARP dengan WARP+, WARP+ mengunakan Argo Smart Routing @ CDN. Ini kita akan kupas di hari lain okay.

Bagaimana untuk install WARP?

81 comments

Jom belajar Linux

Recent Posts

Kategori