Jom belajar Linux

TCP BBR Melajukan Internet Connection

Salah satu protokol tertua dan mungkin protokol yang paling banyak digunakan di Internet hari ini adalah TCP. Anda mungkin menghantar dan menerima beratus-ratus ribu atau lebih dari satu juta paket TCP dalam masa sehari. So, adakah TCP sudah ketinggalan zaman?

Dalam blog ini akan melihat algoritma kawalan kesesakan TCP (congestion control) yang baru, yang dikenali sebagai BBR. Baiklah, kita semua tahu perbezaan antara dua protokol pengangkutan paling popular yang digunakan di Internet hari ini iaitu UDP dan TCP.

UDP adalah protokol satu hala. Ia tidak mempunyai kawalan kesesakan. UDP biasanya digunakan oleh DNS dan VPN. TCP adalah saudara UDP dan memberikan kawalan pemindahan dan aliran data yang lebih teratur.

Setiap masa, algoritma kawalan aliran yang berbeza telah dibangunkan dan digunakan seperti Reno, Tahoe, Vegas, Cubic, Westwood dan terbaru, BBR. Ini semua algoritma congestion control yang berbeza yang digunakan dalam TCP. Apa yang dilakukan oleh algoritma ini adalah menentukan seberapa pantas pengirim menghantar data sambil menyesuaikan diri dengan perubahan rangkaian. Tanpa algoritma ini, paip Internet kita akan segera dipenuhi dengan data dan sesak.

Kenapa perlu gunakan BBR?

Perbandingan TCP sebelum BBR dan selepas menggunakan BBR.

Kita dapat lihat, apabila mengunakan congestion control BBR, kita dapat maksimumkan kelajuan internet connection pada suatu server / peranti yang berasaskan Linux.

Bagaimana untuk gunakan BBR?

Edit sysctl.conf

nano /etc/sysctl.conf

Masukkan line berikut;

#BBR 
net.ipv4.tcp_congestion_control=bbr 
net.core.default_qdisc=fq 

Kemudian command berikut untuk apply setting sysctl yang baru

sysctl -p
sysctl --system

Tahniah. Anda kini menggunakan congestion control BBR. Tahukah anda, BBR ini digunakan oleh Google, Youtube, Spotify dan Dropbox??

149 comments

Jom belajar Linux

Recent Posts

Kategori